Gema Semua Maklumat

Tindakan ke atas Qatar tidak Islamik, kata Presiden Turki

Tindakan ke atas Qatar tidak Islamik, kata Presiden Turki

ANKARA, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyifatkan tindakan mengasingkan Qatar sebagai satu kesilapan besar yang tidak berperikamanusiaan dan bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Sambil mengecam tindakan mengasingkan Qatar, beliau menggesa, Arab Saudi mengambil inisiatif untuk menyelesaikan isu itu yang memyebabkan krisis di kalangan Negara-Negara Teluk.

“Qatar telah menunjukkan pendirian yang tegas terhadap keganasan Daesh bersama Turki. Mengetepikan Qatar menerusi kempen kotor tidak berguna,” katanya.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Mesir dan beberapa negara lain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar minggu lepas, dengan mendakwa Doha menyokong pengganas. Qatar menolak dakwaan itu.

Erdogan berkata, muncul beberapa negara yang menjatuhkan ‘hukuman mati’ ke atas Qatar dan Arab Saudi digesa menimbang semula langkah keras terhadap negara Teluk itu.

“Raja Arab Saudi, sebagai pemimpin utama di Teluk, perlu menyelesaikan isu ini. Saya berpendapat beliau patut mengetuai usaha menyelesaikan krisis ini.

“Satu kesilapan besar telah dibuat ke atas Qatar. Mengasingkan negara itu adalah tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan nilai-nilai Islam,” katanya. – Agensi

The post Tindakan ke atas Qatar tidak Islamik, kata Presiden Turki appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tindakan ke atas Qatar tidak Islamik, kata Presiden Turki
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tindakan ke atas Qatar tidak Islamik, kata Presiden Turki"

Back To Top