Gema Semua Maklumat

134 tertimbus tanah runtuh di Bangladesh

134 tertimbus tanah runtuh di Bangladesh

DHAKA, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Jumlah penduduk yang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh selepas hujan lebat musim monsun di tenggara Bangladesh, semalam, dilaporkan mencecah sehingga 134 orang.

Sekurang-kurangnya 98 mangsa adalah penduduk yang tinggal di kawasan bukit terpencil di Rangamati, berhampiran sempadan India. Mereka tertimbus hidup-hidup apabila tanah runtuh melanda rumah mereka.

“Kerja mencari masih dijalankan. Jumlah kematian dijangka terus meningkat kerana kebanyakan kawasan terputus hubungan,” kata Ketua Jabatan Pengurusan Bencana Alam, Reaz Ahmed.

Katanya, ramai anggota pasukan mencari juga gagal sampai ke tempat bencana kerana hujan lebat dan banjir.

Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak terbunuh di kawasan berbukit di bandar Bandarban, apabila tanah runtuh menimbus rumah mereka malam semalam.

“Sesetengah mangsa sedang tidur ketika rumah yang didirikan di lereng bukit ditimbus tanah runtuh,” kata Ketua Polis Daerah, Sayed Tariqul Hassan.

Sejumlah 30 mangsa lagi adalah dari daerah Chittagong.

Tragedi itu berlaku seminggu selepas Siklon Mora melanda tenggara Bangladesh, membunuh sekurang-kurangnya lapan penduduk dan merosakkan ribuan rumah.

Hujan monsun di tenggara Bangladesh di kawasan berbukit biasanya menyebabkan kematian akibat tanah runtuh. – Agensi

The post 134 tertimbus tanah runtuh di Bangladesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 134 tertimbus tanah runtuh di Bangladesh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "134 tertimbus tanah runtuh di Bangladesh"

Back To Top