Gema Semua Maklumat

Zionis keluar perintah baharu roboh rumah rakyat Palestin

Zionis keluar perintah baharu roboh rumah rakyat Palestin

GAZA, 4 Syawal 1438H, Rabu – Pihak berkuasa rejim Zionis mengeluarkan perintah baharu bagi perobohan beberapa rumah penduduk Palestin di Tebing Barat semalam, lapor media tempatan.

Beberapa rumah yang sedang dibina di Beit Jala di selatan tanah diduduki di daerah Bethlehem ditetapkan untuk dirobohkan oleh pihak berkuasa Israel, lapor agensi berita Palestin, Wafa.

Menurut laporan itu, pihak rejim memberi notis kepada pemilik rumah atas dakwaan kediaman itu didirikan tanpa kelulusan Israel.

Sementara itu, media al-Quds melaporkan pasukan keselamatan Zionis memasuki al-Mughayyir di tengah Tebing Barat di daerah Ramallah dan menyerahkan notis perobohan kepada pemilik beberapa buah rumah, mencetuskan penentangan penduduk.

Pihak berkuasa Israel telah merobohkan kira-kira 1,093 rumah penduduk pada 2016, menyebabkan 1,601 warga Palestin terpaksa mencari penempatan lain.

Sejak awal tahun ini, kira-kira 417 warga Palestin diusir dari kediaman mereka, lapot Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, Tel Aviv juga menghalang Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) daripada memasuki Bandar Lama di selatan Tebing Barat di daerah Hebron bagi menjalankan siasatan, sebelum membentangkan laporan untuk mempertimbangkan kawasan itu dijadikan Tapak Warisan Dunia yang terancam.

Tatkala, Pihak Berkuasa Palestin (PA) merancang memasukkan kawasan itu dalam senarai Tapak Warisan Dunia 2018 dengan persetujuan UNESCO, Israel enggan mengeluarkan visa kepada kakitangan UNESCO, bagi memasuki wilayah bergolak itu.

Deligasi Palestin ke UNESCO telah memberi amaran mengenai pelanggaran hak oleh Israel ke atas Al-Khalil/Hebron, termasuk melakukan vandalisme dan serangan lain.

Rejim Zionis menduduki Tebing Barat pada 1967 dan melanggar undang-undang antarabangsa dengan membuka penempatan di wilayah Palestin. – Agensi

The post Zionis keluar perintah baharu roboh rumah rakyat Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Zionis keluar perintah baharu roboh rumah rakyat Palestin
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Zionis keluar perintah baharu roboh rumah rakyat Palestin"

Back To Top