Gema Semua Maklumat

Saman Sarawak Report: PAS tunggu tarikh perbicaraan Mahkamah London

Saman Sarawak Report: PAS tunggu tarikh perbicaraan Mahkamah London

BANGI, 4 Syawal 1438H, Rabu – PAS sedang menunggu tarikh perbicaraan kes samannya terhadap Sarawak Report berhubung laporan portal berkenaan yang menuduh Presidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima RM90 juta daripada perdana menteri.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai berkata, pihaknya bersedia untuk melawan kes itu di London.

“Kita sedang tunggu tarikh mahkamah tetapkan (berhubung kes saman terhadap Sarawak Report),” katanya.

Prosiding fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report itu difailkan pada 21 April bagi mendapatkan ganti rugi dan satu perintah injunksi berikutan penyiaran artikel fitnah itu dalam laman sesawang Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Takiyuddin juga dilaporkan berkata, pihaknya telah berjaya mengutip hampir RM200,000 sumbangan Tabung Saman Sarawak Report yang dilancarkan semasa muktamar di Kedah bagi membayar khidmat guaman.

“Alhamdulillah, Tabung Saman Sarawak Report yang dilancarkan semasa muktamar di Kedah, April lalu berjaya mengutip kutipan mencecah hampir RM200,000 untuk bayar khidmat peguam.

“Semua wang ini disumbangkan oleh ahli dan penyokong Pas dan kami masih meneruskan kutipan derma itu,” katanya.

The post Saman Sarawak Report: PAS tunggu tarikh perbicaraan Mahkamah London appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Saman Sarawak Report: PAS tunggu tarikh perbicaraan Mahkamah London
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Saman Sarawak Report: PAS tunggu tarikh perbicaraan Mahkamah London"

Back To Top