Gema Semua Maklumat

18 terperangkap kepala air di Gombak

18 terperangkap kepala air di Gombak

KUALA LUMPUR, 10 Syawal 1438H, Selasa – Lapan belas orang terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Pisang berdekatan Taman Rimba Klasik Sendayu di Gombak dekat sini, malam tadi.  

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kejadian berlaku ketika enam lelaki dan 12 wanita berusia dari 19 hingga 23 tahun itu menyertai aktiviti rekreasi di sungai berkenaan kira-kira jam 6 petang.

“Paras air Sungai Pisang naik menyebabkan mereka tidak dapat menyeberangi sungai itu,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Beliau berkata, anggota penyelamat terpaksa menunggu paras air di sungai berkenaan surut bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mereka dapat diselamatkan pada jam 10.40 malam tadi,” kata Mohd Sani.

Seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang diarah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan itu pada 8 malam. – Bernama

The post 18 terperangkap kepala air di Gombak appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 18 terperangkap kepala air di Gombak
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "18 terperangkap kepala air di Gombak"

Back To Top