Gema Semua Maklumat

Zahid arah menteri perjelas kelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia

Zahid arah menteri perjelas kelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia

KUCHING, 10 Syawal 1438H, Selasa – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr SSubramaniam akan diminta memberi penjelasan berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua menteri berkenaan akan diminta berbuat demikian pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

“Saya akan meminta Datuk (Seri Dr) Subramaniam untuk membuat penjelasan mengenai kontroversi itu dan juga akan meminta menteri yang bertanggungjawab mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Joseph Entulu untuk memberi maklumat mengikut perspektif JPA,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media ketika melakukan kunjungan Hari Gawai Dayak di kediaman Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah di Taman BDC, Stampin di sini, semalam.

Katanya, ia adalah bagi pencerahan terhadap isu yang menjadi polemik di akar umbi, terutama di kalangan pejuang-pejuang bahasa kebangsaan.

“Bagi saya, perkara ini seharusnya ditangani dengan fikiran terbuka dan kita harus mendengar penjelasan daripada kedua-dua menteri yang berkenaan supaya perkara ini tidak lagi dikontroversikan dan menjadi polemik terutama menjelang hari besar (pilihan raya) sehingga ia dimanipulasikan oleh pihak yang anti-establishment,” kata Ahmad Zahid.

Dalam perkara ini, saya memandang keputusan yang dibuat oleh JPA dan juga Jabatan Kesihatan bukan terhadap penjawat awam tetap, tetapi terhadap penjawat awam secara kontrak dan itu sebabnya saya mahu pencerahan dapat dilakukan oleh kedua-dua menteri berkenaan,” katanya. – Bernama

The post Zahid arah menteri perjelas kelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Zahid arah menteri perjelas kelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Zahid arah menteri perjelas kelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia"

Back To Top