Gema Semua Maklumat

23 mangsa di Kuala Lipis dipindahkan ekoran banjir

23 mangsa di Kuala Lipis dipindahkan ekoran banjir

KUANTAN, 10 Syawal 1438H, Selasa – Seramai 23 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Beletik, Lubuk Kulit, Kuala Lipis dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan kawasan rumah mereka dilanda banjir, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lipis, Haslizan Ramli berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit, setelah rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat, semalam.

“Pihak bomba menerima laporan memaklumkan tentang banjir di kawasan itu pada 10.03 malam tadi dan tiba di kampung berkenaan yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai itu setengah jam kemudian.

“Sebaik tiba kesemua mangsa didapati telah dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan dengan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Beliau berkata, banjir dipercayai berlaku akibat limpahan air sungai berhampiran ekoran hujan lebat di kawasan hulu, semalam, dan keadaan itu dijangka beransur pulih hari ini.- Bernama

 

The post 23 mangsa di Kuala Lipis dipindahkan ekoran banjir appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 23 mangsa di Kuala Lipis dipindahkan ekoran banjir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "23 mangsa di Kuala Lipis dipindahkan ekoran banjir"

Back To Top