ISTANBUL, 15 Syawal 1438H, Ahad – Pertubuhan belia sedunia dan kesatuan pelajar dari 30 negara berkumpul di Turki bagi menyertai persidangan untuk menunjukkan perpaduan dengan rakyat Palestin.
Persidangan dua hari itu, yang turut membincangkan perkembangan terbaharu di wilayah Palestin dianjurkan Persatuan Belia Anadolu (AYA) dan Gabungan Kesatuan Belia dan Pelajar Antarabangsa untuk Menyokong Palestin.
Presiden AYA, Salih Turan berkata, mereka menganjurkan persidangan untuk untuk tahun kedua berturut-turut dengan menjadikan Palestin, Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa sebagai agenda.
“Kami mewakili belia Islam seluruh dunia yang berkongsi perasaan sama terhadap Palestin,” katanya.
Rejim Zionis menduduki Tebing Barat dan Timur Jerusalem sejak Perang Timur Tengah pada 1967. Masjidil Aqsa adalah masjid suci ketiga umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi.
Yahudi pula merujuk Masjidil Aqsa sebagai ‘Temple Mount’ dengan mendakwa kawasan itu menempatkan dua kuil Yahudi zaman purba.
Presiden Gabungan Kesatuan Belia dan Pelajar Antarabangsa untuk Menyokong Palestin, Ihab Nafi, pula berkata persidangan itu bertujuan mengekalkan masalah Palestin dalam hati umat Islam seluruh dunia.
“Kami menganjurkan persidangan ini sebagai mesej kepada seluruh dunia bahawa masalah Palestin tidak boleh ditinggalkan dalam agenda hidup seharian. Bangsa Arab dan umat Islam tidak akan melepaskan hak mereka ke atas Palestin,” katanya. – Agensi
The post 30 pertubuhan belia Islam berkumpul sokong Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 30 pertubuhan belia Islam berkumpul sokong Palestin
0 Komentar untuk "30 pertubuhan belia Islam berkumpul sokong Palestin"