BANGI, 15 Syawal 1438H, Ahad – PAS akan menjemput beberapa tokoh akademik, termasuk pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP bagi mendengar penjelasan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan berbilion-bilion ringgit wang rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, jawatankuasa PAS Pusat juga bersetuju menjemput bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, bagi mendengar penjelasan beliau.
Memetik laporan Harakah Daily, beliau berkata, beberapa tokoh yang akan dijemput ialah wakil rakyat DAP, Dr Tan Seng Giaw, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli akademik, Dr Jomo Kwame Sundram.
Program yang dijangka diadakan 7 Ogos akan juga membabitkan tokoh-tokoh akademik dan ekonomi.
“PAS juga akan menganjur sambutan hari Malaysia pada 16 September depan di Sandakan, Sabah,” katanya.
Ditanya wartawan mengenai hasrat PAS yang mendesak diadakan Suruhanjaya Diraja (RCI) berkaitan 1MDB, Tuan Ibrahim berkata itu jalan keluar kerana ada juga pihak yang lebih mementingkan agensi penyiasatan luar.
Katanya, sedangkan rakyat masih tertanya-tanya isu yang melibatkan berbilion wang negara.
The post PAS jemput DAP, tokoh akademik perjelas skandal 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS jemput DAP, tokoh akademik perjelas skandal 1MDB
0 Komentar untuk "PAS jemput DAP, tokoh akademik perjelas skandal 1MDB"