PUTRAJAYA, 17 Syawal 1438H, Selasa – Seramai 600,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) dianggarkan masih bebas bekerja di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali.
Katanya, jumlah berkenaan adalah berdasarkan beberapa operasi terdahulu termasuk siasatan dijalankan meskipun terdapat beberapa pihak menyatakan lebih 1.3 juta PATI masih bebas.
Mustafar berkata, pihaknya akan mengusir PATI sehingga bilangannya pada tahap yang memuaskan.
“Majikan atau sesiapa saja yang cuba menyorok PATI akan dikenakan tindakan dan denda berdasarkan Akta Imigresen.
“Sehingga kini, seramai 63 majikan ditangkap dan akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya. Kita jangkakan lebih ramai didakwa selepas ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.
The post 600,000 PATI dianggar masih bebas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 600,000 PATI dianggar masih bebas
0 Komentar untuk "600,000 PATI dianggar masih bebas"