Gema Semua Maklumat

Tayangan filem gay di Pulau Pinang dibatalkan

Tayangan filem gay di Pulau Pinang dibatalkan

BANGI, 17 Syawal 1438H, Selasa – Sebuah filem memaparkan hubungan cinta sejenis sesama lelaki (gay) dari Vietnam yang sepatutnya ditayangkan secara percuma di Pulau Pinang malam ini, dibatalkan.

Memetik sebuah portal liberal hari ini, tayangan filem anjuran Pusat Seni Persembahan Pulau Pinang (PenangPAC) dilapor dibatalkan ekoran masalah teknikal.

Difahamkan, tayangan itu terpaksa digantikan dengan filem lain selepas mendapati beberapa adegan tidak dapat dimainkan dengan lancar kerana masalah cakera padat (CD).

Penyelia pentas, Arnolld Hooi, 30, enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai sensitiviti masyarakat Islam jika filem berkenaan ditayangkan hari ini.

“Saya tidak dapat memberi apa-apa komen mengenai perkara itu buat masa ini,” katanya.

Menurut portal menara.my, tayangan filem berjudul ‘Lost in Paradise’ yang dijadualkan bermula pada jam 8 malam pada 11 Julai 2017 itu akan diadakan di Penangpac sendiri.

Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama Vietnam’ oleh Agence France-Presse (AFP) ini dilaporkan menceritakan mengenai percintaan tiga segi di antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum lelaki di Ho Chi Minh.

Menurut sebuah portal berita atas talian bagi komuniti gay antarabangsa, filem ini dilaporkan banyak memuatkan babak-babak lelaki bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi-posisi yang menghairahkan untuk sengaja membangkitkan nafsu ghairah para penonton daripada kalangan gay.

The post Tayangan filem gay di Pulau Pinang dibatalkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tayangan filem gay di Pulau Pinang dibatalkan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tayangan filem gay di Pulau Pinang dibatalkan"

Back To Top