GAZA, 15 Syawal 1438H, Ahad – Pihak Berkuasa Palestin (PA) sengaja menyekat bayaran bahan api yang dibekalkan Mesir kepada penduduk di wilayah yang ditadbir Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Semenanjung Gaza.
Pihak berkuasa elektrik berkata, dua daripada tiga loji kuasa tunggal di Gaza tidak berfungsi kerana PA di Ramallah menghentikan semua urusan kewangan melalui bank-bank Palestin ke Mesir untuk membeli bahan bakar.
“Ini membawa kepada pemberhentian penghantaran bahan api dari Mesir dua hari lalu,” kata jurucakapnya.
Jurucakap kerajaan PA, Tarek Rishmawi, menyalahkan Hamas menolak inisiatif Presiden Mahmud Abbas bagi mengakhiri pemisahan Palestin adalah sebab utama situasi semakin buruk di Semenanjung Gaza.
Beliau tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan menyekat bayaran bahan api.
Syarikat pembekal elektrik mengesahkan hanya satu logi beroperasi, menghasilkan 23 megawatt kuasa. Bagaimanapun, lebih 500 megawatt diperlukan untuk berkhidmat kepada penduduk Palestin.
Abbas, yang mengendalikan Palestin yang berpangkalan di Tebing Barat, baru-baru ini cuba memberi tekanan terhadap saingan lamanya, Hamas, yang mentadbir Semenanjung Gaza.
Abbas juga baru-baru ini menghentikan bayaran elektrik kepada rejim Israel menyebabkan Tel Aviv mengurangkan bekalan ke Semenanjung Gaza.
Potongan itu menyebabkan wilayah miskin yang diduduki lebih daripada dua juta orang itu dibekalkan dengan hanya dua jam elektrik sehari.
Pihak Berkuasa Tenaga di Gaza membuat bayaran kepada Mesir melalui bank-bank Palestin, yang berpusat di Tebing Barat dan tertakluk mengikut undang-undang PA. – Agensi
The post Abbas sekat bayaran elektrik wilayah ditadbir Hamas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Abbas sekat bayaran elektrik wilayah ditadbir Hamas
0 Komentar untuk "Abbas sekat bayaran elektrik wilayah ditadbir Hamas"