Gema Semua Maklumat

Al Jazeera tolak cadangan UAE, struktur semula syarikat

Al Jazeera tolak cadangan UAE, struktur semula syarikat

DOHA, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Emiriah Arab Bersatu (UAE) membatalkan hasrat untuk menutup stesen televisyen satelit berpangkalan di Doha – Al Jazeera, sebaliknya mengambil langkah lain dengan pengstrukturan semula syarikat itu.

Menteri UAE, Noura al-Kaabi dalam satu wawancara dengan akhbar The Times berkata, Al Jazeera boleh terus beroperasi dengan kakitangan sedia ada dan dibiayai oleh Qatar namun meletakkan beberapa syarat tertentu kepada stesen televisyen berkenaan.

“Saluran itu boleh mengekalkan kakitangan mereka dan Qatar masih boleh membiayai saluran televisyen berkenaan, tetapi ia bukan satu platform untuk pelampau serta saluran Inggeris sebagai perisai atau pelindung untuk saluran bahasa Arab yang radikal,” katanya.

Beliau berkata, negara bersekutu yang diketuai Arab Saudi itu sedia untuk berbincang dengan Qatar, meskipun sebelum ini memberi beberapa senarai tuntutan yang tidak boleh dirunding.

“Kita memerlukan penyelesaian diplomatik. Kami tidak mencari kepada pergaduhan,” katanya.

Al Jazeera Media Network bagaimanapun menolak campur tangan luar, sebagai respon kepada kenyataan al Kaabi itu.

“Al Jazeera Media Network menolak sebarang intervensi luar berkaitan dengan penstrukturan organisasi atau misi kewartawanannya, dan mengulangi pendirian editorial yang bebas dan profesional.

“Al Jazeera terus berdiri oleh wartawan dan institusi media di seluruh dunia atas hak mereka sebagai pengamal media tanpa rasa takut. Salah satu landasan media bebas adalah memastikan keupayaan beroperasi secara bebas. tanpa gangguan dan penapisan daripada kerajaan atau mana-mana pihak lain.

“Sejak 20 tahun lalu, Al Jazeera telah menunjukkan kebebasan editorialnya dan menolak untuk tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak, sebagai bukti komitmen kami terhadap nilai sejagat,” kata Al Jazeera dalam satu kenyataan.

Gesaan penutupan Al Jazeera adalah antara senarai tuntutan yang dikemukakan Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain ekoran memutuskan hubungan dengan Qatar sebelum ini, atas dakwaan negara Teluk itu menyediakan dana kepada gerakan pengganas.- Agensi

 

The post Al Jazeera tolak cadangan UAE, struktur semula syarikat appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Al Jazeera tolak cadangan UAE, struktur semula syarikat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Al Jazeera tolak cadangan UAE, struktur semula syarikat"

Back To Top