Gema Semua Maklumat

Sembilan orang awam maut serangan udara AS di Syria

Sembilan orang awam maut serangan udara AS di Syria

DAMSYIK, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Hampir sembilan orang awam maut dalam serangan udara ke atas militan Daesh yang dilancarkan kumpulan bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) di bandar utara Raqqah.

Menurut sumber yang dipetik agensi berita antarabangsa berkata, serangan udara berkenaan menyasarka kawasan kejiranan al-Diriyah, terletak kira-kira 455 kilometer dari Damsyik.

Katanya, tujuh daripada mangsa terbabit merupakan sekeluarga.

Sementara pada 4 Julai lalu, sembilan orang awam terbunuh apabila jet pejuang AS melancarkan serangan udara di wilayah Hasaka di timur laut Syria.

Agensi berita tempatan melaporkan bahawa serangan udara itu melanda kampung Kashkash Zayanat berhampiran bandar Shaddadah di selatan bandar Hasakah.

Sekutu yang diketuai AS telah melancarkan serangan udara terhadap militan Daesh di Syria sejak September 2014 tanpa sebarang kebenaran daripada pemerintah Damsyik atau mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).- Agensi

The post Sembilan orang awam maut serangan udara AS di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sembilan orang awam maut serangan udara AS di Syria
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sembilan orang awam maut serangan udara AS di Syria"

Back To Top