KLANG, 16 Syawal 1438H, Isnin – Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan bom buatan sendiri yang dipasang pada bahagian bawah kereta Proton Saga milik seorang jururawat di Kapar, Klang.
Lelaki itu ditahan pada kira-kira pukul 3.30 pagi Isnin di Taman Petaling Indah, Klang dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek mendakwa dirinya sebagai bekas kekasih jururawat tersebut dan mereka pernah berselisih faham berkaitan kewangan.
Katanya, suspek merupakan bekas pelajar jurusan elektronik di sebuah kolej swasta pada 2006, dan pernah berkerja sebagai jurujual di kedai barangan elektrik.
Susulan penahanan itu, pihak polis menemui beberapa peranti elektronik dan bahan letupan di kediaman lelaki itu yang dipercayai digunakan untuk membuat peranti letupan (IED) yang dipasang pada kereta mangsa.
Bagaimanapun, Fadzil berkata, polis masih menyiasat mengenai motif kejadian.
Fadzil memaklumkan, lelaki terbabit direman selama empat hari sehingga Khamis.
Sabtu lalu, seorang jururawat berusia 27 tahun terkejut selepas menemui sejenis bom buatan sendiri yang dilekatkan pada keretanya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kapar kira-kira pukul 10 malam.
The post ‘Bekas kekasih’ ditangkap pasang bom pada kereta jururawat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Bekas kekasih’ ditangkap pasang bom pada kereta jururawat
0 Komentar untuk "‘Bekas kekasih’ ditangkap pasang bom pada kereta jururawat"