KUALA LUMPUR, 16 Syawal 1438H, Isnin – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, hari ini mengesahkan satu kertas siasatan baharu akan dibuka oleh pihaknya terhadap Felda.
“Saya nak maklumkan di sini, kita ada menerima maklumat baharu mengenai satu isu yang melibatkan Felda.
“Jadi saya telah arahkan pegawai saya untuk memulakan satu siasatan baharu… dan kita telah buka kertas siasatan baharu,” katanya dalam sidang medianya ketika membuat kunjungan ke Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat terperinci berhubung kes itu masih belum didedahkan buat masa ini.
“Tunggulah kita akan beri kenyataan bertulis nanti… InshaAllah tunggulah nanti saya cerita semua…. habis modal,” kata beliau dengan berseloroh.
Sebelum ini, SPRM telah memanggil bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad untuk direkodkan keterangan beliau.
Mengulas perkembangan membabitkan isu kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pula, Dzulkifli memaklumkan, siasatan masih diteruskan.
The post SPRM buka kertas siasatan baharu ke atas Felda appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM buka kertas siasatan baharu ke atas Felda
0 Komentar untuk "SPRM buka kertas siasatan baharu ke atas Felda"