KLANG, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Reman seorang lelaki, yang ditahan polis pada Isnin kerana disyaki memasang bom buatan sendiri pada kereta bekas kekasihnya, disambung sehingga esok bagi memperinci siasatan motif utama perbuatan itu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata siasatan awal mengesyaki perbuatan lelaki itu, yang bekerja sebagai juruteknik, bertujuan mengugut bekas kekasihnya yang tidak melunaskan pinjaman bulanan bank bagi kereta tersebut.
Beliau berkata, ini kerana lelaki berumur 27 tahun itu menjadi penjamin bagi pinjaman bank berkenaan dan dia tidak berpuas hati dengan sikap bekas teman wanitanya itu.
“Setakat ini, siasatan awal menunjukkan tindakan lelaki itu adalah sebagai ugutan malah pembuatan bom yang dipasangnya juga bukanlah seperti pakar. Mungkin sekadar ditiru daripada laman sosial,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, Ab Rashid menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Klang Utara yang baharu ACP Mazelan Paijan bagi menggantikan ACP Mohd Yusoff Mamat yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.- Bernama
The post Bom: Reman lelaki disambung, motif utama diperinci appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bom: Reman lelaki disambung, motif utama diperinci
0 Komentar untuk "Bom: Reman lelaki disambung, motif utama diperinci"