MOSUL, 16 Syawal 1438H, Isnin – Perdana Menteri Iraq, Haider Al-Abadi mengumumkan pembebasan bandar Mosul pada Ahad selepas hampir sembilan bulan menyingkirkan militan Daesh.
“Haider Al-Abadi tiba di bandar Mosul dan mengucapkan tahniah kepada wira pejuang serta rakyat Iraq atas kemenangan besar itu,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan.
Menerusi gambar di akaun rasmi Twitter Abadi menunjukkan beliau berpakaian seragam hitam tentera dan topi ketika tiba di Mosul itu bagi mengumumkan penawanan semula kerajaan di bandar berkenaan.
Dalam kenyataan lain, al-Abadi memuji pasukan tentera negara itu kerana berjaya menewaskan kumpulan militan Daesh di Mosul.
“Kemenangan sudah pasti dan saki baki kumpulan Daesh sudah dikepung. Hanya masa yang menentukan sebelum kita boleh mengumumkan kemenangan sepenuhnya kepada rakyat kini.
“Kelewatan (pengumuman) berlaku atas rasa hormat dan sokongan terhadap pasukan kita yang sedang meneruskan operasi pembersihan,” katanya.
Iraq melancarkan operasi untuk menawan semula Mosul pada Oktober lalu. Militan Daesh menawan Mosul, iaitu bandar kedua Iraq dalam tempoh beberapa hari pada 2014.- Agensi
The post Daesh berjaya dihalau dari Mosul appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Daesh berjaya dihalau dari Mosul
0 Komentar untuk "Daesh berjaya dihalau dari Mosul"