Gema Semua Maklumat

Doktor Malaysia cipta sejarah sambung PHD di Harvard

Doktor Malaysia cipta sejarah sambung PHD di Harvard

BANGI, 14 Syawal 1438H, Sabtu – Anak Melayu bergelar doktor menjadi rakyat Malaysia pertama ditawarkan pengajian di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dalam bidang Doktorat Kesihatan Awam.

Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman, 30, mencipta sejarah itu selepas menjadi antara 20 pelajar daripada 350 calon dari seluruh dunia yang memohon kursus berkenaan bagi kemasukan tahun ini.

Beliau yang kini sudah pun berada di Amerika Syarikat berkata, diterima masuk ke universiti nombor satu dunia itu memberi kejutannya kepadanya, kerana langsung tidak menyangki akan dipilih selepas menghantar permohonan Mei lalu.

“Selain universiti ini, saya juga ada menerima tawaran sama dari Universiti Yale dan Universiti John Hopkins. Namun saya memilih Harvard kerana seperti semua orang tahu, ia adalah antara terbaik di dunia.

“Selain itu, kursus pengajian itu juga diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan mereka juga sudi memberi cuti bergaji sepanjang tiga tahun saya berada di sini dan selepas tamat nanti akan sambung berkhidmat dengan kementerian semula,” lapor BH Online.

Pada September tahun lalu, beliau pernah mengharumkan nama negara apabila disenarai sebagai pencetus perubahan dalam agenda Pembangunan Kelestarian 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau juga berada dalam Forbes 30 Under 30 Asia pada April lalu.

The post Doktor Malaysia cipta sejarah sambung PHD di Harvard appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Doktor Malaysia cipta sejarah sambung PHD di Harvard
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Doktor Malaysia cipta sejarah sambung PHD di Harvard"

Back To Top