BAITULMAQDIS, 14 Syawal 1438H, Sabtu – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Hebron sebagai Tapak Warisan Dunia.
Resolusi Unesco itu menyebut Hebron ialah salah satu bandar tertua di dunia yang wujud lebih daripada 3,000 tahun SM.
Bandar itu menempatkan pelbagai tapak sejarah berharga dunia termasuklah makam nabi dan rasul mengikut ajaran Abraham dan tapak keagamaan penting untuk Islam dan Yahudi.
Kini, Hebron adalah bandar raya terbesar Palestin di Tebing Barat dengan penduduk kira-kira 200,000.
Menteri Luar Palestin, Reyad Al-Maliki berkata. undian UNESCO pada pertemuan di Krakow, Poland, adalah bukti kejayaan pergelutan diplomatik Palestin, yang dilancarkan ketika berhadapan tekanan Israel dan Amerika Syarikat ke atas negara anggota agensi itu.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu keputusan gila.
Susulan itu, Netanyahu mengarahkan AS$1 juta daripada dana Israel kepada PBB yang digunakan untuk pembinaan muzium dan projek lain yang meliputi warisan Yahudi di Hebron dipotong.
Pemotongan dana itu adalah yang keempat dilakukan Israel sejak tahun lalu. Rejim Zionis mengurangkan sumbangannya kepada PBB daripada AS$11 juta (RM47 juta) kepada cuma AS$1.7 juta (RM7.31 juta). – Agensi
The post Israel anggap UNESCO gila iktiraf Hebron Tapak Warisan Dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Israel anggap UNESCO gila iktiraf Hebron Tapak Warisan Dunia
0 Komentar untuk "Israel anggap UNESCO gila iktiraf Hebron Tapak Warisan Dunia"