BUTTERWORTH, 25 Syawal 1438H, Rabu – Dua pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan dan salah guna kuasa.
Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Azman Abdul Samat dan Ketua Bahagian Pengurusan Pembangunan Kualiti Asnaf dan Ekonomi ZPP, Mohd Wardi Ramli bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.
Azman Abdul Samat berdepan pertuduhan kerana menerima suapan beberapa tahun lalu, sementara Mohd Wardi dituduh terlibat dalam salah guna kuasa.
Pertuduhan itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara, Mohd Wardi didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang boleh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
The post Dua pegawai zakat mengaku tidak bersalah terima suapan, salah guna kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua pegawai zakat mengaku tidak bersalah terima suapan, salah guna kuasa
0 Komentar untuk "Dua pegawai zakat mengaku tidak bersalah terima suapan, salah guna kuasa"