Gema Semua Maklumat

Maidam sedia khidmat guaman percuma kepada asnaf

Maidam sedia khidmat guaman percuma kepada asnaf

KUALA TERENGGANU, 25 Syawal 1438H, Rabu – Bagi membantu golongan asnaf, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan memperkenalkan khidmat guaman percuma untuk kes mahkamah syariah kepada mereka sebelum akhir tahun ini.

Mengumumkan perkara itu, Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ia merupakan kerjasama strategik Maidam, Persatuan Peguam Syarie Negeri Terengganu dan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan.

“Hasil perbincangan awal ini, Maidam akan membiayai kos guaman golongan asnaf itu dan lebih istimewa apabila peguam syarie juga bersetuju untuk mengurangkan kadar bayaran tersebut.

“Ia sebagai khidmat sosial peguam syarie untuk bersama-sama membantu meringankan beban kewangan golongan asnaf terbabit dan menyelesaikan proses pendakwaan di mahkamah syariah secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek bantuan sebanyak RM25,000 kepada pesakit kronik anak mualaf di sini, hari ini.

Shaikh Harun berkata, ketika ini, khidmat guaman percuma ada disediakan Biro Bantuan Guaman.

Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan kes mahkamah semakin lama semakin bertambah, pihaknya mengambil inisiatif ini untuk membantu mempercepatkan proses di mahkamah syariah.

“Keutamaan akan diberi kepada golongan asnaf yang tidak berkemampuan untuk membayar khidmat guaman bagi proses perceraian mereka yang jumlahnya melebihi RM1,000 dan ke atas (bergantung kepada kes).

“Maidam sangat prihatin dengan keperluan golongan asnaf dan khidmat guaman percuma ini diharap dapat membantu mereka menjalani kehidupan sebelum, semasa dan pasca perceraian yang lebih selesa,” katanya.

The post Maidam sedia khidmat guaman percuma kepada asnaf appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Maidam sedia khidmat guaman percuma kepada asnaf
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Maidam sedia khidmat guaman percuma kepada asnaf"

Back To Top