JOHOR BAHRU, 14 Syawal 1438H, Sabtu – Dua wakil Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dilantik sebagai Lembaga Pengarah Syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam usaha menangani kemelut yang melanda entiti itu.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu pertemuan bersama pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, minggu lalu.
Katanya, dua wakil daripada Felda yang akan dilantik itu termasuk dengan satu jawatan gantian.
“Sebelum ini Felda meminta tiga wakil diletakkan dalam Lembaga Pengarah FGV dan itu menyebabkan FGV terpaksa menambah bilangan Ahli Lembaga Pengarah kepada maksimum 13 daripada 12 sedia ada.
“Berdasarkan perbincangan bersama syarikat (FGV) dan pemangku Pengerusinya, FELDA bersetuju meletakkan dua wakil dengan satu ‘alternate’ (gantian) sebagai Lembaga Pengarah.
“Ini menjadikan keseluruhan sebanyak 11 Ahli Lembaga Pengarah iaitu tiga lantikan kerajaan, dua daripada FELDA dan enam lagi Lembaga Pengarah Bukan Bebas,” katanya.
Sebelum ini, Felda dilaporkan telah beberapa kali menyuarakan permintaan mahu meletakkan tiga wakilnya dalam Lembaga Pengarah FGV.
Ia adalah untuk membolehkan Felda yang juga antara pemegang saham terbesar bersama-sama dalam perjalanan syarikat itu.
The post Dua wakil Felda dilantik Lembaga Pengarah FGV appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua wakil Felda dilantik Lembaga Pengarah FGV
0 Komentar untuk "Dua wakil Felda dilantik Lembaga Pengarah FGV"