Gema Semua Maklumat

Johor kenakan Caj Pemajuan mulai September

Johor kenakan Caj Pemajuan mulai September

KLUANG, 4 Syawal 1438H, Sabtu – Johor meluluskan pelaksanaan Caj Pemajuan berkuat kuasa 1 September ini bagi tanah diubah status untuk dibangunkan.

Memaklumkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Md Jais Sarday berkata, Caj Pemajuan itu dikenakan mengikut kawasan tanah.

Katanya, di kawasan zon antarabangsa, ia adikenakan sebanyak 30 peratus, manakala kawasan majlis bandaraya sebanyak 15 peratus dan kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertaraf perbandaran sebanyak 15 peratus, manakala bagi PBT bertaraf daerah 10 peratus.

Bagaimanapun jelas Md Jais, caj itu bukan perkara baharu kerana turut dilaksanakan di negeri lain termasuk Selangor mulai 2010, Perak (2012), Kelantan dan Kedah (2015) serta Terengganu mulai tahun ini.

“Johor sepatutnya mengenakan Caj Pemajuan mulai 2014 tetapi ditangguh sebelum mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri yang bermesyuarat pada 4 Julai lalu meluluskan pelaksanaannya.

“Caj Pemajuan ini adalah bentuk kutipan atau bayaran seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 32 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

“Caj ini dikenakan kepada pemohon atau pemilik tanah oleh PBT sekiranya terdapat Rancangan Tempatan (RT) atau pengubahan RT yang sudah diwartakan yang menyebabkan kenaikan nilai tanah,” katanya. 

The post Johor kenakan Caj Pemajuan mulai September appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Johor kenakan Caj Pemajuan mulai September
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Johor kenakan Caj Pemajuan mulai September"

Back To Top