Gema Semua Maklumat

Guru jangan takut buat laporan jika dibuli: Mahdzir

Guru jangan takut buat laporan jika dibuli: Mahdzir

ALOR SETAR, 9 Syawal 1438H, Isnin – Guru diingatkan supaya tidak perlu takut membuat laporan sekiranya turut menjadi mangsa buli di sekolah, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, guru tidak perlu takut untuk menyuarakan gejala itu kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi sekolah.

Katanya, gejala buli boleh membawa kepada gangsterisme yang mesti segera ditangani melalui laporan dan tindakan oleh guru dan sekolah.

“Kebanyakan guru tidak tampil ke depan kerana mereka takut keselamatan mereka sendiri dan di mana pentadbiran sekolah sangat penting dalam melindungi guru,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau akui terdapat kejadian di beberapa buah sekolah, di mana guru-guru menjadi mangsa buli dengan dirosakkan kereta dan sebagainya sebagai membalas dendam.

Meskipun ia hanya bilangan kecil, Mahdzir berkata ia masih menjadi kebimbangan terutama membabitkan keselamatan guru.

“Sekiranya perbuatan buli dilihat semakin melampau, maka sekolah mempunyai kuasa untuk membuang pelajar yang terlibat,” katanya.

The post Guru jangan takut buat laporan jika dibuli: Mahdzir appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Guru jangan takut buat laporan jika dibuli: Mahdzir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Guru jangan takut buat laporan jika dibuli: Mahdzir"

Back To Top