BANGI, 9 Syawal 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima aduan berhubung isu dakwaan kehilangan sebuah kontena dipercayai mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi di Johor, baru-baru ini.
Susulan laporan yang diterima itu, SPRM menghantar pasukan penyiasat ke lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian itu sebelum tindakan lanjut diambil.
“Pasukan penyiasat akan menilai maklumat-maklumat yang diperolehi untuk mengenal pasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kejadian tersebut.
“SPRM akan mengambil keterangan daripada beberapa orang pegawai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu brkata, SPRM juga akan bekerjasama dengan pihak polis yang turut menjalankan siasatan ke atas dakwaan kehilangan peralatan radar tentera berteknologi itu.
“Walau bagaimanapun, siasatan SPRM hanya akan tertumpu kepada elemen rasuah dan salah guna kuasa dan tidak akan campur tangan dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis,” katanya.
The post SPRM siasat kehilangan peralatan radar tentera appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM siasat kehilangan peralatan radar tentera
0 Komentar untuk "SPRM siasat kehilangan peralatan radar tentera"