MELAKA, 8 Syawal 1438H, Ahad – Unit Tabung Darah Hospital Melaka merayu kerjasama orang ramai untuk menderma darah bagi menangani masalah kekurangan bekalan darah.
Ketua Unit Tabung Darah Hospital Melaka, Dr Noramiza Mat Amin berkata, pihak hospital menghadapi masalah kekurangan paling ketara darah jenis ‘O’, memandangkan ia kerap digunakan.
“Bekalan darah berkurangan pada bulan lepas disebabkan tidak ramai yang menderma darah kerana menjalani ibadah puasa dan jumlah penderma darah turut merosot bermula minggu lepas berikutan cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, pihak hospital memerlukan lebih banyak darah jenis ‘O’ pada musim perayaan seperti ketika sambutan Aidilfitri bagi menampung keperluan darah yang meningkat setiap kali musim perayaan.
“Kita memerlukan bekalan darah jenis O untuk ditambah dari semasa ke semasa bagi menampung permintaan bekalan terutama pada waktu kecemasan,” katanya.
Beliau berkata, stok darah hospital berkenaan masih mampu menampung keperluan semasa, namun ia perlu segera ditambah bagi memastikan bekalan darah terus mencukupi. – Bernama
The post Hospital Melaka kurang darah jenis O appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hospital Melaka kurang darah jenis O
0 Komentar untuk "Hospital Melaka kurang darah jenis O"