Gema Semua Maklumat

India mula proses batal passport Dr Zakir Naik

India mula proses batal passport Dr Zakir Naik

NEW DELHI, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Penentangan terhadap pejuang agama Allah tidak pernah terhenti.

Terkini, Kementerian Luar Negeri (MEA) India memaklumkan pihaknya dalam proses membatalkan pasport pendakwah antarabangsa terkenal, Dr Zakir Naik.

Ia susulan kerajaan India menuduh pengasas Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) itu melakukan pengubahan wang dan mempromosikan ideologi ekstremis.

Memetik jurucakap Kementerian itu, Gopal Baglay sebagai berkata, pihaknya memulakan proses pembatalan semalam selepas diminta agensi tertentu beberapa hari lalu supaya pasport Zakir Naik dibatalkan.

“Terdapat satu proses untuk langkah yang perlu dipatuhi di bawah peruntukan undang-undang dan kami telah mengambil tindakan,” kata Baglay.

Pasport Dr Zakir dilaporkan diperbaharui pada Januari tahun lepas dan ia sah selama 10 tahun.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri negara itu telah memutuskan untuk mendakwa Dr Zakir mengikut Akta Pencegahan Aktiviti Haram (UAPA) disamping mengisytihar IRF yang diasaskan beliau sebagai pertubuhan haram.

Bagaimanapun Dr Zakir Naik berkata, tindakan kerajaan India bukan saja satu serangan ke atas dirinya, tetapi juga serangan terhadap India Muslim.

April lalu juga, satu mahkamah di India telah mengeluarkan waran tidak boleh diikat jamin terhadap Dr Zakir berhubung dakwaan terlibat dalam kes pengubahan wang haram. -Agensi

The post India mula proses batal passport Dr Zakir Naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di India mula proses batal passport Dr Zakir Naik
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "India mula proses batal passport Dr Zakir Naik"

Back To Top