Gema Semua Maklumat

Dua serpihan ditemui disyaki milik MH370

Dua serpihan ditemui disyaki milik MH370

VICTORIA, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Pihak berkuasa Seychelles melaporkan penemuan dua serpihan disyaki milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal sejak 2014.

Pihak berkuasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAA) berkata, serpihan itu ditemui terdampar di Farqhar – salah satu pulau di Lautan Hindi – oleh saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai burung dan penyu.

“Arah arus laut menunjukkan kemungkinan serpihan itu berasal dari lokasi lain yang dilaporkan turut menemui kepingan pesawat berkenaan di beberapa negara Lautan Hindi,” kata seorang pegawai kanan SCAA seperti dilapor Reuters.

SCAA berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Jurucakap agensi pentadbir semua kepulauan di Seychelles, Michael Payet berkata, dua serpihan daripada kedua-dua objek itu adalah sepanjang 120 sentimeter dan 30 sentimeter lebar, dipercayai diperbuat daripada aluminium dan gentian karbon.

“Ia mungkin penutup enjin,” katanya.

Sejumlah serpihan dipercayai milik pesawat penumpang Boeing 777 itu ditemui, selepas lebih tiga tahun usaha pencarian dijalankan.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru itu hilang pada 8 Mac 2014 sebaik berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.- Agensi

The post Dua serpihan ditemui disyaki milik MH370 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua serpihan ditemui disyaki milik MH370
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua serpihan ditemui disyaki milik MH370"

Back To Top