IPOH, 9 Syawal 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memantau perkembangan penyakit rabies atau anjing gila di negeri itu bagi mengelakkan jangkitan dalam kalangan pelajar sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kalamanathan berkata, JPN Sarawak juga diarahkan memberi maklumat terkini kepada guru besar dan pengetua sekolah mengenai langkah pencegahan dan kawalan yan perlu dilaksanakan.
“Pihak yang bertanggungjawab perlu mengawal persekitaran sekolah kerana ada di antara kawasan sekitar sekolah yang tidak berpagar terutamanya sekolah yang terletak di kawasan pedalaman,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Desa Pinji dekat Lahat, di sini hari ini.
Sabtu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik berumur empat, enam dan tujuh tahun di daerah Serian, Sarawak dijangkiti rabies yang dinotifikasi dari Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 22 Jun lalu.
Dr Noor Hisham berkata, siasatan lanjut turut mendapati dua daripada mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi mangsa tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak.- Bernama
The post JPN Sarawak diarah pantau virus rabies appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di JPN Sarawak diarah pantau virus rabies
0 Komentar untuk "JPN Sarawak diarah pantau virus rabies"