Gema Semua Maklumat

Jumlah kemalangan maut Aidilfitri tahun ini menurun

Jumlah kemalangan maut Aidilfitri tahun ini menurun

KUALA LUMPUR, 12 Syawal 1438H, Khamis – Jumlah kemalangan maut pada musim Aidilfitri tahun ini mencatatkan penurunan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil penguatkuasaan penuh dan kewujudan empat subtek yang berfungsi sebagai pasukan khas kecil, jumlah kes kemalangan maut menurun sebanyak 34 kes iaitu 239 kes berbanding 273 kes tahun lalu.

Katanya, selain itu, ia juga berjaya mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan daripada 299 tahun lalu ke 257 kematian tahun ini.

Bercakap perkara itu, beliau berkata, OP Selamat 11/2017 sempena Aidilfitri lalu antara OP yang terbaik sejak 20 tahun berdasarkan rekod penurunan jumlah kematian akibat kemalangan.

“Sepanjang 15 hari operasi ini berjalan, hasilnya amat membanggakan dan antara yang terbaik berdasarkan rekod penurunan jumlah kematian,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik OP Selamat 11/2017 di Bukit Aman, hari ini.

Pada majlis itu juga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Ampang Jaya dinobatkan sebagai IPD terbaik manakala Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebagai IPK terbaik sepanjang OP Selamat kali ini.

The post Jumlah kemalangan maut Aidilfitri tahun ini menurun appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jumlah kemalangan maut Aidilfitri tahun ini menurun
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jumlah kemalangan maut Aidilfitri tahun ini menurun"

Back To Top