PUTRAJAYA, 12 Syawal 1438H, Khamis – Kementerian Kesihatan akan mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi perbincangan mengenai pindaan terhadap Akta Perubatan 1971.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ketika ini perbincangan berhubung pindaan itu akan dibuat pada peringkat pentadbiran Kementerian Kesihatan terlebih dahulu sebelum dibawa kepada Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Kabinet semalam yang mahu Akta Perubatan 1971 dipinda untuk mewajibkan perkhidmatan pegawai perubatan dua tahun selepas tamat ‘housemanship’ dan memasukkan syarat kelulusan Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada masa sama, Subramaniam juga berkata, isu 23 Pegawai Perubatan Gred UD41 yang ketika ini tidak mempunyai kelulusan BM peringkat SPM dijangka dapat diselesaikan dalam jangka masa setahun kerana mereka boleh mengambil peperiksaan subjek BM secara tunggal bermula November ini.
The post KKM adakan perbincangan pindaan Akta Perubatan dalam masa terdekat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KKM adakan perbincangan pindaan Akta Perubatan dalam masa terdekat
0 Komentar untuk "KKM adakan perbincangan pindaan Akta Perubatan dalam masa terdekat"