BALING, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Menyayat hati, seorang jururawat Hospital Kulim maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas di Batu 7, Binjol, Jalan Baru Kulim-Baling, pagi tadi.
Dalam kemalangan jam 8.30 pagi itu, kereta dipandu Nur A’ishah Abu Hassan, 32, terbabas sebelum melanggar besi penghadang.
Insiden berkenaan menyebabkan besi penghadang jalan menusuk kereta dari depan hingga tembus ke belakang mangsa.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, Nur A’ishah tersepit di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Saga itu.
Jelas beliau, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari arah Kulim menghala Baling selepas selesai bertugas.
“Siasatan awal mendapati kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan.
“Mayatnya dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
The post Jururawat maut kereta terbabas selepas balik kerja appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jururawat maut kereta terbabas selepas balik kerja
0 Komentar untuk "Jururawat maut kereta terbabas selepas balik kerja"