Gema Semua Maklumat

Pakar gesa Akta Kelahiran dipinda

Pakar gesa Akta Kelahiran dipinda

KUALA LUMPUR, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia, Profesor Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz menggesa kerajaan persekutuan agar membuat pindaan ke atas Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957.

Beliau berkata, ia supaya setiap pendaftaran bayi Islam yang lahir di negara ini dibezakan dengan bukan Islam, selain dirujuk berdasarkan hukum syarak.

Selain itu, beliau menjelaskan, perkara tersebut penting bagi menjaga serta mengelak kekeliruan berhubung nasab dan keturunan umat Islam di negara ini.

Katanya, nama bapa mengikut undang-undang Islam adalah tidak sama dengan nama keturunan keluarga bukan Islam kerana lebih peribadi atau merujuk kepada bapa biologi anak.

“Isu berkaitan nama bapa ini berbeza antara Islam dan bukan Islam kerana bukan Islam terdapat nama keturunan keluarga. Jadi pada pandangan saya, pindaan boleh dilakukan berdasarkan perbezaan yang wujud itu.

“Pindaan adalah jalan penyelesaiannya. Memadai kerajaan membuat pindaan pada Seksyen 13A(2) itu sahaja supaya jelas untuk diguna pakai masyarakat Islam,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan memutuskan anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.

The post Pakar gesa Akta Kelahiran dipinda appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pakar gesa Akta Kelahiran dipinda
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pakar gesa Akta Kelahiran dipinda"

Back To Top