Gema Semua Maklumat

Kanak-kanak lima tahun mangsa keempat kes rabies di Sarawak

Kanak-kanak lima tahun mangsa keempat kes rabies di Sarawak

BANGI, 17 Syawal 1438H, Selasa – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kes rabies baharu disahkan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Kampung Ampungan, Serian, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak terbabit mempunyai sejarah gigitan anjing pada 27 Mei lalu di Kampung Soroban, yang terletak 10 kilometer daripada kawasan kes ketiga rabies berlaku.

“Pada 3 Julai 2017, kes tersebut mengalami gejala demam, sakit di lengan kiri serta kelihatan kurang aktif dan dibawa untuk rawatan ke Hospital Serian.

“Pada 4 Julai 2017, kes dirujuk kepada Hospital Umum Sarawak (SGH) dan dipindahkan ke Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU) SGH kerana semakin kritikal.

“Kes ini telah disahkan mengalami jangkitan rabies melalui ujian makmal pada 11 Julai 2017. Bagi kes ketiga rabies pula, beliau masih dirawat di wad PICU SGH dan dalam keadaan kritikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan kes terbaharu itu, jumlah jangkitan rabies di Sarawak setakat hari ini adalah sebanyak empat kes yang disahkan melalui ujian makmal.

“Kesemua kes adalah dari Daerah Serian, Sarawak di mana aktiviti kawalan dan pencegahan telah dan sedang dilaksanakan,” katanya.

The post Kanak-kanak lima tahun mangsa keempat kes rabies di Sarawak appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kanak-kanak lima tahun mangsa keempat kes rabies di Sarawak
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kanak-kanak lima tahun mangsa keempat kes rabies di Sarawak"

Back To Top