Gema Semua Maklumat

Kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia didakwa didera ibu tiri

Kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia didakwa didera ibu tiri

BANGI, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas didakwa didera oleh ibu tirinya di sebuah rumah di Kampung Terimah, di Limbang, Sarawak.

Mangsa yang dikenalpasti sebagai Kelvin Weychelly Bangga Justin dilaporkan mati kira-kira jam 8 malam selepas menerima rawatan di Hospital Limbang.

Menurut Kosmo!, memetik sumbernya sebagai berkata, ibu tiri mangsa berusia 22 tahun mendakwa kanak-kanak itu mengalami kecederaan selepas jatuh bermain di bilik mandi.

Suspek dikatakan panik selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan membawanya ke hospital.

“Bagaimanapun, pemeriksaan perubatan menunjukkan keraguan terhadap cerita ibu tiri mangsa,” kata sumber.

Sumber berkata, pemeriksaan terhadap mangsa menunjukkan terdapat kesan lebam di dahi dan belakang mangsa, serta beberapa luka lain di kawasan perut, muka, belakang telinga kanan dan bahagian sulit.

Malah, wanita berkenaan membuat laporan pada malam yang sama selepas mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Limbang, Supritenden Mohd Bukhori Saffai mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

The post Kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia didakwa didera ibu tiri appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia didakwa didera ibu tiri
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia didakwa didera ibu tiri"

Back To Top