Gema Semua Maklumat

Netanyahu kekal keputusan tarik balik pelaksanaan kamera, alat pengesan logam di Al Aqsa

Netanyahu kekal keputusan tarik balik pelaksanaan kamera, alat pengesan logam di Al Aqsa

JERUSALEM, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kekal pertahankan keputusannya untuk menarik balik pelaksanaan pengesan logam di pintu masuk Al Haram Al Sharif susulan insiden rusuhan sehingga menyebabkan penduduk Palestin maut dan cedera.

Israel sebelum ini mengambil langkah memasang kamera pengawasan dan alat pengesan logam selepas kejadian serangan pada 14 Julai lalu berhampiran Al Haram Al Sharif.

Langkah itu sekali gus mencetuskan kemarahan dan protes rakyat Palestin yang memaksa kerajaan rejim itu menarik semula alat pengesan logam dan kamera.

Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan kritikan daripada sayap kanan gabungan Netanyahu yang konservatif.

“Saya mendengar sensitiviti orang ramai, saya faham perasaan mereka, saya tahu bahawa keputusan yang diambil bukanlah perkara yang mudah.

“Pada masa sama, sebagai perdana menteri Israel saya diwajibkan mengambil keputusan dengan cara tenang dan mempertimbangkannya. Saya berbuat demikian dengan tujuan melihat gambaran yang besar,” dakwa Netanyahu ketika berucap sebelum mengumumkan penarikan langkah keselamatan ke atas al Aqsa.- Agensi

The post Netanyahu kekal keputusan tarik balik pelaksanaan kamera, alat pengesan logam di Al Aqsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Netanyahu kekal keputusan tarik balik pelaksanaan kamera, alat pengesan logam di Al Aqsa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Netanyahu kekal keputusan tarik balik pelaksanaan kamera, alat pengesan logam di Al Aqsa"

Back To Top