Gema Semua Maklumat

Keputusan panel siasatan dalaman FGV dijangka umum 14 Ogos

Keputusan panel siasatan dalaman FGV dijangka umum 14 Ogos

KUALA LUMPUR, 23 Syawal 1438H, Isnin – Keputusan panel siasatan dalaman Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dijangka diumumkan 14 Ogos depan, selepas memulakan prosidingnya terhadap empat individu penting dalam syarikat berkenaan mulai 24 Julai ini.

Pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, panel siasatan itu akan dianggotai oleh tiga panel bebas terdiri daripada individu di dalam anak syarikat Felda itu.

Katanya, empat individu yang akan dipanggil pada prosiding berkenaan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan CFO dan dua lagi individu.

Sulaiman turut menolak dakwaan terdapat campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan isu itu.

“Kita akan buat siasatan secara telus dan ia adalah siasatan dalaman yang dianggotai oleh panel yang bebas. Ini bukan konspirasi untuk menjatuhkan sesiapa.

“Tidak ada isu hendak jatuhkan sesiapa, saya takutkan Tuhan. Dan kita akan tentukan bentuk hukumannya selepas selesai segala siasatan itu nanti,” katanya kepada pemberita.

The post Keputusan panel siasatan dalaman FGV dijangka umum 14 Ogos appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Keputusan panel siasatan dalaman FGV dijangka umum 14 Ogos
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Keputusan panel siasatan dalaman FGV dijangka umum 14 Ogos"

Back To Top