IPOH, 23 Syawal 1438H, Isnin – Mukim Matang dalam daerah Larut, Matang dan Selama diisytihar oleh kerajaan negeri sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila atau rabies berkuat kuasa hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pengisytiharan dibuat di bawah Subseksyen 39 (1) Akta Binatang 1953.
Beliau berkata, ia sebagai langkah proaktif untuk pencegahan dan pengawalan wabak berkenaan.
Beliau turut mengumumkan larangan membawa mana-mana anjing keluar dari mukim berkenaan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri.
“Mana-mana anjing dalam kawasan jangkitan yang tidak dikawal secara efektif mengikut Perintah 4, boleh dimusnahkan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
The post Mukim Matang diisytihar kawasan jangkitan penyakit rabies appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mukim Matang diisytihar kawasan jangkitan penyakit rabies
0 Komentar untuk "Mukim Matang diisytihar kawasan jangkitan penyakit rabies"