Gema Semua Maklumat

Lebih tiga juta rakyat layak mengundi belum mendaftar: PM

Lebih tiga juta rakyat layak mengundi belum mendaftar: PM

KUALA LUMPUR, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Lebih tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, sejumlah 3,772,149 orang masih belum mendaftar sebagai pengundi sehingga Mac tahun ini.

“Selain itu, SPR telah menerima 1,454 bantahan (pendaftar pengundi) dari Januari hingga Mac 2017,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, mana-mana individu yang memiliki kad pengenalan Malaysia sementara, tidak layak untuk mengundi pada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil kerana tidak berkelayakan sebagai warganegara.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto yang meminta jumlah pengundi tidak berdaftar mengikut kaum dan etniknya.

The post Lebih tiga juta rakyat layak mengundi belum mendaftar: PM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih tiga juta rakyat layak mengundi belum mendaftar: PM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lebih tiga juta rakyat layak mengundi belum mendaftar: PM"

Back To Top