Gema Semua Maklumat

Polis klasifikasi kematian kanak-kanak di Limbang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasi kematian kanak-kanak di Limbang sebagai kes bunuh

MIRI, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Kematian kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai didera ibu tirinya pada 27 Julai lalu di Limbang, Sarawak diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Dev Kumar berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri semalam menunjukkan punca kematian kanak-kanak malang itu adalah asfiksia akibat ditekap dengan sesuatu.

Susulan itu, polis menahan ibu tiri mangsa yang berusia 22 tahun di rumah panjang di Kampung Terimah Lubai, Limbang pada 7.10 malam semalam.

Katanya, perintah reman akan dikeluarkan terhadap wanita terbabit pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kematian anak tirinya itu.

Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, sementara menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Miri.

Dev berkata, pada kejadian 27 Julai lalu, ibu tiri mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Limbang dengan mendakwa dia menemui anak tirinya terbaring tidak sedarkan diri di lantai bilik air rumah mereka, sebelum membawa mangsa ke hospital.

“Doktor yang memeriksa badan mangsa mendapati kesan lebam pada beberapa anggota badan mangsa, berbeza dengan dakwaan ibu tirinya,” katanya.

Pemeriksaan terhadap mangsa menunjukkan terdapat kesan lebam di dahi dan belakang mangsa, serta beberapa luka lain di kawasan perut, muka, belakang telinga kanan dan bahagian sulit.

The post Polis klasifikasi kematian kanak-kanak di Limbang sebagai kes bunuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis klasifikasi kematian kanak-kanak di Limbang sebagai kes bunuh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis klasifikasi kematian kanak-kanak di Limbang sebagai kes bunuh"

Back To Top