Gema Semua Maklumat

Mahkamah ketepi tuduhan Rafizi hina ahli UMNO, denda RM1,800 dikembalikan

Mahkamah ketepi tuduhan Rafizi hina ahli UMNO, denda RM1,800 dikembalikan

KUALA LUMPUR, 19 Syawal 1438H, Khamis – Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan sabitan Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli daripada tuduhan menghina ahli UMNO menerusi wawancara sebuah akhbar pada tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha memberitahu, sabitan terhadap Rafizi mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan itu tidak dapat dipertahankan.

Beliau juga mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan Rafizi berniat begitu dan ia adalah faktor penting untuk sabitan kesalahan.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan denda RM1,800 yang dibayar Rafizi sebelum ini dipulangkan kepada Naib Presiden PKR itu.

Januari lalu, Rafizi didapati bersalah mengeluarkan kenyataan mengaib dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO.

Kesalahan berkenaan adalah melalui satu artikel yang diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada  2014 bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?’. Melalui tulisan berkenaan Rafizi mendakwa UMNO menjadi dalang di sebalik serangan agama di Selangor pada 2014.

The post Mahkamah ketepi tuduhan Rafizi hina ahli UMNO, denda RM1,800 dikembalikan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mahkamah ketepi tuduhan Rafizi hina ahli UMNO, denda RM1,800 dikembalikan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mahkamah ketepi tuduhan Rafizi hina ahli UMNO, denda RM1,800 dikembalikan"

Back To Top