KUALA LUMPUR, 19 Syawal 1438H, Khamis – Empat universiti awam (UA) tempatan tersenarai dalam kelompok 25 terbaik dunia dalam penarafan universiti muda iaitu QS Terbaik 50 di bawah 50 tahun.
Empat universiti yang berjaya mengharumkan nama negara itu ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
UPM mendahului senarai UA Malaysia apabila menduduki tempat ke-15 diikuti rapat UKM di tangga ke-16.
Manakala UTM pula menduduki tempat ke-21, dan USM di kedudukan ke-23.
Dalam penarafan kali ini, kedudukan UPM meningkat dua anak tangga berbanding penarafan sama pada tahun 2017, UTM naik empat tempat dan masing-masing UKM serta USM melonjak 10 anak tangga.
Enam kriteria atau pemberat digunakan sebagai ukuran penarafan ini ialah reputasi akademik, reputasi majikan.
Senarai itu dikeluarkan QS menerusi laman sesawang www.topuniversities.com hari ini.
Kenyataan itu juga memuji Malaysia kerana empat universitinya berjaya meraih tempat dalam kelompok 25 terbaik.
The post UPM duduki tangga ke-15 terbaik dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di UPM duduki tangga ke-15 terbaik dunia
0 Komentar untuk "UPM duduki tangga ke-15 terbaik dunia"