Gema Semua Maklumat

Pekebun dipenjara 12 bulan miliki 20 imej berkait Daesh

Pekebun dipenjara 12 bulan miliki 20 imej berkait Daesh

KUALA LUMPUR, 11 Syawal 1438H, Rabu – Mahkamah Tinggi, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang pekebun selepas dia mengaku salah atas tuduhan memiliki 20 imej yang berkaitan pengganas Daesh, tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Datuk Azman Abdullah membuat terhadap Muhammad Shahir Zamil Musa, 25, dan tertuduh diperintahkan dipenjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 26 November 2016.

Tertuduh didakwa memiliki 20 imej yang mempunyai unsur perbuatan keganasan Daesh di No 8 Jalan RU 9, Taman Rambai Utama, Melaka Tengah pada jam 2.25 petang, 26 November 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item terbabit.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa, Raya Munirah Shamsudin.

The post Pekebun dipenjara 12 bulan miliki 20 imej berkait Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pekebun dipenjara 12 bulan miliki 20 imej berkait Daesh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pekebun dipenjara 12 bulan miliki 20 imej berkait Daesh"

Back To Top