Gema Semua Maklumat

Pembelian hotel London: SPRM buka kertas siasatan terhadap FIC

Pembelian hotel London: SPRM buka kertas siasatan terhadap FIC

BANGI, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya itu, Datuk Dzulkifli Ahmad telah mengarahkan supaya siasatan dibuat terhadap pembelian hotel oleh anak syarikat Felda itu, antara tahun 2013 dan 2015.

Kenyataan itu berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima maklumat baharu berhubung pembelian hotel berkenaan.

“Pasukan penyiasat juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut dan kini dalam proses menilai serta meneliti kesemua maklumat yang diperolehi.

“Hasil maklumat siasatan awal mendapati FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit,” katanya.

The post Pembelian hotel London: SPRM buka kertas siasatan terhadap FIC appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pembelian hotel London: SPRM buka kertas siasatan terhadap FIC
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pembelian hotel London: SPRM buka kertas siasatan terhadap FIC"

Back To Top