KUALA LUMPUR, 12 Syawal 1438H, Khamis – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disaran mengambil peluang untuk menyelesaikan baki pinjaman masing-masing menerusi akaun 2 di bawah Skim Pengeluaran Pendidikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, dengan langkah diperkenalkan KWSP ini, ia menjadi salah satu kaedah yang sangat membantu peminjam PTPTN menyelesaikan tunggakan bayaran balik mereka sekali gus mengelakkan daripada disenaraihitamkan ke luar negara.
“Hal ini berikutan hampir 30 peratus daripada jumlah kutipan bayaran balik keseluruhan pihaknya adalah melalui skim tersebut dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding saluran bayaran balik yang lain.
“Langkah ini sememangnya banyak membantu pencarum dalam membuat bayaran balik pinjaman pendidikan mereka. Dengan kemudahan pengeluaran akaun 2 ini, sudah tentu akan memberi manfaat kepada peminjam-peminjam PTPTN yang mempunyai caruman KWSP,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan.
Semalam, KWSP mengumumkan semua pencarumnya boleh menyelesaikan baki pinjaman pendidikan masing-masing dengan menggunakan simpanan daripada akaun 2 di bawah Skim Pengeluaran Pendidikan tanpa terikat tarikh perjanjian tertentu, bermula 21 Julai ini.
Penambahbaikan tersebut akan menggantikan syarat semasa pengeluaran pendidikan daripada akaun 2 yang memiliki tarikh kuat kuasa perjanjian tertentu antaranya 1 April 2000, 2 Januari 2001 dan 17 Januari 2006.
The post Peminjam PTPTN disyor ambil peluang lunas hutang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Peminjam PTPTN disyor ambil peluang lunas hutang
0 Komentar untuk "Peminjam PTPTN disyor ambil peluang lunas hutang"