Gema Semua Maklumat

Polis minta bantuan orang ramai kesan dua suspek jenayah

Polis minta bantuan orang ramai kesan dua suspek jenayah

Sumber foto: Utusan Online

KUALA LUMPUR, 12 Syawal 1438H, Khamis – Pihak polis memohon jasa baik orang ramai untuk mengesan dua suspek yang terlibat dengan jenayah komersial di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Memaklumkan perkara itu, Pegawai Pusat Media Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Inspektor Nor Nazahiyah Mohamad berkata, kedua-dua suspek berketurunan India itu dikenali sebagai R. Maran, 51 dan M.S. Sumathi, 34.

Mereka dikehendaki polis bagi membantu Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Maran dilaporkan memiliki alamat terakhir di B-6-3 Permai Ria Kondominium, Jalan 1/18, Taman Batu Permai, Off Jalan Ipoh, manakala Sumathi di No.57, Jalan Glen 1/1, Taman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mengenali suspek diminta supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Sentul, Inspektor Liew Boon Tat di talian 012-3689329, 03-4048 2222 (sambungan: 3281) atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728.

The post Polis minta bantuan orang ramai kesan dua suspek jenayah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis minta bantuan orang ramai kesan dua suspek jenayah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis minta bantuan orang ramai kesan dua suspek jenayah"

Back To Top