Gema Semua Maklumat

Rizab Qatar AS$340 bilion cukup tangani pemulauan negara jiran

Rizab Qatar AS$340 bilion cukup tangani pemulauan negara jiran

DUBAI, 17 Syawal 1438H, Selasa – Qatar mempunyai rizab dan dana kekayaan negara yang mencukupi untuk membantu menghadapi pemulauan oleh negara-negara Arab lain di rantau Teluk.

Gabenor Bank Negara Qatar, Sheikh Abdullah Bin Saoud al-Thani berkata, bank pusat itu mempunyai AS$40 bilion rizab selain emas sementara Lembaga Pelaburan Qatar memiliki AS$300 bilion rizab yang boleh dicairkan.

“Inilah kredibiliti sistem Qatar, kami mempunyai tunai mencukupi untuk menyerap sebarang kejutan,” katanya kepada saluran berita CNBC dalam satu temubual yang diterbitkan dalam laman sesawangnya.

Susulan pemutusan hubungan diplomatik dan pengangkutan dengan Qatar pada 5 Jun lalu, pasaran saham Qatar merosot dan riyal menjadi tidak menentu dalam pasaran spot.

Bagaimanapun, menepis cabaran itu, Sheikh Abdullah berkata, Qatar sudah pun mempunyai sistem yang bagus dan unik.

“Kami mempunyai peraturan yang dibentuk bagi menentang semua jenis keganasan. Kami bekerjasama dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi lain untuk mewujudkan peraturan, audit dan semakan semula.

“Kami tiada masalah, kami mengalu-alukan semuanya untuk memeriksa akaun negara, ia terbuka,” katanya. – Agensi

The post Rizab Qatar AS$340 bilion cukup tangani pemulauan negara jiran appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rizab Qatar AS$340 bilion cukup tangani pemulauan negara jiran
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rizab Qatar AS$340 bilion cukup tangani pemulauan negara jiran"

Back To Top