MOSUL, 17 Syawal 1438H, Selasa – Iraq mengumumkan cuti satu minggu untuk meraikan kemenangan selepas berjaya mengalahkan militan Daesh di Mosul.
Dilaporkan warga Iraq berpusu-pusu ke jalan raya di bandar raya Baghdad dan beberapa bandar lain untuk meluahkan kegembiraan.
Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi semalam mengisytiharkan IS sudah dihapuskan, tiga tahun selepas militan itu menawan bandar Mosul untuk menjadikannya pusat pentadbiran sebuah khilafah memerintah dunia.
“Dari sini, saya mengumumkan kegagalan dan berakhirnya sebuah negara palsu ditubuhkan pengganas Daesh yang didirikan di Mosul.
“Kita masih mempunyai misi lain untuk mewujudkan kestabilan, membina dan menghapuskan sel-sel Daesh, ia memerlukan usaha perisikan dan keselamatan, dan perpaduan yang membolehkan kita melawan Daesh,” katanya sebelum menaikkan bendera Iraq.
Terdahulu, pemimpin IS, Abu Bakr Al-Baghdadi mengisytiharkan dirinya seorang khalifah untuk seluruh umat Islam.
Klip ucapannya itu merupakan kali pertama dan satu-satunya klip mendedahkan wajahnya kepada dunia.
The post Iraq cuti seminggu rai kemenangan bebas Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Iraq cuti seminggu rai kemenangan bebas Daesh
0 Komentar untuk "Iraq cuti seminggu rai kemenangan bebas Daesh"