BEIRUT, 11 Syawal 1438H, Rabu – Satu kebakaran besar berlaku di kem pelarian Syria di Lembah Bekaa, Lubnan sehingga menyebabkan seorang terkorban dan 21 orang cedera.
Menurut pegawai perubatan Lubnan, George Ketteneh berkata, kebakaran yang berlaku pada Selasa di kem Tal Talhoun menyebabkan seorang perempuan maut dan tujuh yang lain parah.
Agensi Berita Kebangsaan melaporkan bahawa kira-kira 22 daripada 185 buah khemah di penempatan tidak rasmi itu terbakar.
Ia adalan kebakaran kedua yang berlaku di kem pelarian di timur Lubnan ekoran keadaan suhu panas melampau.
Sebelum ini, kebakaran turut memusnahkan kem penempatan lain berhampiran bandar Qab Elias sehingga menyebabkan seorang maut.
Lubnan merupakan ‘rumah’ kepada lebih daripada satu juta pelarian yang berdaftar.- Agensi
The post Seorang maut, tujuh parah dalam kebakaran kem pelarian Syria di Lubnan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Seorang maut, tujuh parah dalam kebakaran kem pelarian Syria di Lubnan
0 Komentar untuk "Seorang maut, tujuh parah dalam kebakaran kem pelarian Syria di Lubnan"